How to subdivide a 100 acres land

Estate Land Board
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—›๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—˜๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ?
Baru-baru ini kami ada dapat satu permohonan pecah sempadan berkeluasan lebih 300 ac tanah pertanian untuk di bahagikan kepada 3 bahagian.
2. Jika tanah berkeluasan lebih 100 ac mengikut syarat yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara(KTN) mesti mendapat Kebenaran Lembaga Tanah Ladang terlebih dahulu.
๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—Ÿ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—š
3. Ini berdasarkan peruntukkan 214A KTN yang menyatakan :
Tanah Ladang atau Tanah Estet adalah tanah yang mempunyai syarat nyata Tanah Pertanian yang dipegang di bawah satu atau lebih dari satu Hakmilik. Tanah tersebut juga mempunyai keluasan atau agregat keluasanya tidak kurang dari 40 hektar (100 ekar).
Seksyen 214A(1) pula menyatakan ‘Walau apa jua pun yang terkandung dalam Akta ini, tiada tanah estet berupaya dipindahmilik, dipindahhak atau dilupuskan dengan apa-apa cara sekalipun, melainkan kelulusan untuk pindahmilik, pindahhak atau pelupusan sedemikian telah terlebih dahulu diperolehi dari Lembaga Tanah Estet (Estate Land Board)’
Estate Land Board
Selain daripada pindahmilik, pindahhak, pelupusan; mengikut seksyen 124(1A) syarat untuk tukar syarat, seksyen 124A(1A) syarat untuk Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Tukar Syarat jika melibatkan tanah estet, seksyen 135(3) syarat untuk pecah sempadan, Pentadbir Tanah mesti (shall) merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Tanah Estet.
4. Kenapa perlunya mendapat kelulusan Lembaga Tanah Ladang terlebih dahulu ialah kerana untuk menjaga kepentingan pekerja-pekerja ladang dan Jika Lembaga Tanah Ladang Berpuashati dengan laporan yang dibuat maka kebenaran akan diberikan.๐—š๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿฎ menujukkan Sijil Lembaga Tanah Ladang
5. Selepas mendapat kelulusan Lembaga Tanah Ladang maka permohonan dilakukan dengan biasa,Jika permohonan pecah sempadan menggunakan Borang 9A berserta Sijil Lembaga Tanah Ladang dan dokument senarai semak yang disediakan oleh pejabat tanah masing-masing.
Semoga Bermanfaat

Join The Discussion

Compare listings

Compare